Syarikat kami mendapat peluang memperluaskan bidang pemasaran dobi di mana setiap pelanggan akan dapat menikmati kelebihan tersendiri yang mana ianya menghasilkan:

  • Kualiti perkhidmatan terjamin
  • Perkhidmatan sokongan teknikal.
  • Kepuasan hati pelanggan.
  • Harga Perkhidmatan yang berpatutan.

SASARAN PASARAN

  • Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
  • Politeknik dan Maktab
  • Sekolah Berasrama
  • Kondominium dan Pangsapuri
  • Kompleks Sukan
  • Taman Perumahan
  • Hotel & Resort
  • Institusi Latihan Kerajaan

MISI

Menawarkan perkhidmatan mesin basuh wang kertas layan diri yang berteknologi tinggi Yang Pertama Di Malaysia, menjimatkan dan tahan lasak. Memberi kepuasan kepada pelanggan secara menyeluruh sambil berusaha untuk menjadi sebuah syarikat perkhidmatan yang bertaraf nasional serta global.

VISI

Mewujudkan sebuah syarikat perkhidmatan yang mampu memberi tumpuan penuh terhadap pelanggan secara menyeluruh. Memberi tumpuan yang jitu dalam apa jua masalah yang dihadapi dan sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan.

KAMI  berpegang kepada 7 prinsip syarikat:
  • Menjalankan urusan perniagaan dengan professional
  • Cekap dan cepat menjalankan urusniaga
  • Menghasilkan kerja-kerja yang berkualiti dengan mengutamakan kepuasan pelanggan.
  • Kreatif, dinamik serta produktif
  • Mempertingkatkan lagi jenis perkhidmatan yang berkaitan dengan dobi  wang kertas.
  • Syarikat kami akan berusaha membuka cawangan di beberapa buah negeri lain
  • Syarikat akan menghasilkan lagi produk dan cetusan idea baru termasuk mesin bekalan sabun basuh dan mesin dobi.
 Berdasarkan kepada prinsip-prinsip di atas, dan juga cita-cita kami yang tinggi, mudah-mudahan, syarikat ini akan menjadi sebuah syarikat yang berjaya dan setanding dengan syarikat-syarikat gergasi yang telah mencapai kejayaan.